Showing posts with label Maajun Anggun Bistari Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Maajun Anggun Bistari Kelantan. Show all posts

February 12, 2017

Kentut Vagina Mengganggu Hubungan Suami Isteri

Assalamualaikum...
Dah lama tak berkongsi info masalah wanita & penyelesaiannya di sini. Jadi, hari ini akak akan kongsikan info masalah yang dihidapi hampir 90% wanita yang baru bersalin. 
Kebanyakan dari kita termasuk akak sendiri pun malu nak kupas isu ini, tapi memandangkan ramai sangat yang mesej/whatsapp bertanyakan penyelesaian kepada masalah ini takkan akak nak berdiam diri je kan?
Sebenarnya akak dah ada testimoni dari pengguna Maajun Anggun Bistari yang mempunyai masalah kentut vagina. Alhamdulillah dengan pengambilan 3 botol sahaja, masalah tersebut sudah dapat diatasi.
APA ITU KENTUT VAGINA?
Kentut Vagina atau kentut faraj (Vaginal Flatulence) ini merupakan satu keadaan di mana alat kemaluan wanita atau faraj mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Kentut vagina ini selalunya berlaku akibat udara yang terperangkap di dalam faraj. Angin atau udara dalam faraj adalah udara dari sekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini biasanya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin atau seks. Ia juga lazimnya menjadi masalah kepada wanita yang sudah menopaus.
Kentut vagina juga boleh disebabkan otot-otot yang lemah di sekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Kentut vagina tidak berbau seperti kentut dubur. Tetapi, jika kentut vagina itu berbau, kemungkinan besar berlakunya jangkitan mikroorganisma yang menyebabkan ianya berbau.
BAGAIMANA IANYA BERLAKU?
1. Langgar pantang semasa dalam pantang
  • Minum banyak air kosong
  • Bersejuk
  • Makan benda berangin
  • Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya
2. Otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi
3. Masalah peranakan jatuh
4. Proses melahirkan/ bersalin
Bagaimana Nak Kesan Masalah Kentut Vagina?
Anda boleh rasa keadaan ini terutama apabila kita dalam posisi sujud. Selepas melahirkan lazimnya faraj akan mengembang dan jadi lebih teruk selepas menopos. Apabila dalam posisi sujud, anda boleh merasakan ada keluar angin dari faraj anda dan ia bukanlah kentut biasa, kentut faraj tidak berbau. Jika ianya berbau anda kena rujuk pakar ditakuti ada masalah lain
Cara Mengatasi Masalah Kentut Vagina

  1. Mengamalkan senaman Kegel. Ia juga dikenali sebagai senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit.
  2. Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar dan masih mampu membenarkan udara keluar masuk.
  3. Gunakan pencuci alat sulit wanita yang sesuai. Gunakan air rebusan daun sireh kerana khasiat sireh yang turun temurun terbukti mengatasi masalah kentut vagina.
  4. Tempoh 100 hari selepas bersalin adalah tempoh yang sebaiknya suami isteri melakukan hubungan intim selepas habis berpantang. Suami dan isteri perlu sepakat. Tempoh ini akan membantu mengatasi masalah faraj longgar
  5. Elakkan makanan yang bersifat sejuk dan menjalar Faktor pemakanan yang makan ikut selera juga adalah satu punca utama masalah faraj longgar dan kentut faraj
  6. Melakukan pembedahan  untuk mengecilkan kembali saluran faraj yang telah “over expanded” disebabkan proses kelahiran. Pembedahan ini dikenali sebagai “ pelvic floor repair”.
  7. Mengamalkan maajun/jamu/supplemen. Maajun Anggun Bistari adalah pilihan yang tepat kerana ia diperbuat daripada herba yang dapat membantu mengetatkan faraj, menghilangkan masalah keputihan, bertindak sebagai anti-bau pada alat sulit dan membantu menghangatkan hubungan suami isteri. Sebagai wanita yang ingin menjaga dalaman anda, anda WAJIB mendapatkan Maajun Anggun Bistari.
Ini testimoni dari pelanggan akak...



Puan-puan ada masalah yang sama?
Jangan segan hubungi akak 019-9593058 (whatsapp sahaja tau)

August 19, 2014

Kenapa Perlu Merancang Keluarga?

Haii...Hari ini Maria hanya nak share info berkaitan kebaikan merancang keluarga.
Jom kita tengok....

1. Pasangan yang telah berkahwin dapat menentukan bilangan anak yang dikehendaki.

2. Boleh menentukan masa yang sesuai untuk menambah anak.

3. Boleh merancang mengikut pendapatan supaya keperluan anak-anak mencukupi. Anak-anak mendapat makanan berkhasiat, tempat tinggal yang selesa, pendidikan dan lain-lain keperluan serta jaminan masa depan.

4. Kelahiran boleh dihadkan apabila kesihatan ibu terganggu.

5. Perkahwinan lebih bahagia kerana kebimbangan dapat dielakkan pada kehamilan yang belum dikehendaki.

6. Boleh menyimpan kewangan yang cukup untuk masa depan atau kecemasan.

7. Ibu mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan rumah tangga dan memberi perhatian kepada anak dan suami.

8. Menjarakkan kelahiran supaya kesihatan ibu pulih sepenuhnya dan dapat memberi penjagaan yang sempurna pada anak-anaknya.

Master Dealer a.k.a Stokis Maajun Anggun Bistari Kelantan
sms/whatsapp 019-0593058 
FB Fanpage : https://www.facebook.com/MABdeRias

August 10, 2014

Cara kiraan waktu subur

Hiii...assalamualaikum frens.
Lamanya tak update blog ni...
Hari ini Maria nak share cara-cara mengira waktu subur...
Mesti ada lagi diantara kalangan kita yang belum faham bagaimana cara nak mengira kaannn?
 
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Fasa 1 : Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Fasa 2 : Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Fasa 3 : Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Fasa 4 : Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. 
 
Rujukan dari blog Dr. Azwan

Pendaftaran PERCUMA malah modal agen/dealer juga diberi potongan RM20!

Alhamdulillah. Selain daripada promosi untuk pelanggan-pelanggan yang setia, HQ kali ini dengan berbesar hati memberikan offer TAK MASUK A...