October 24, 2014

Perbezaan antara Maajun dan Jamu

Maajun dan jamu adalah dua bentuk yang berbeza. Walaupun kedua-duanya kadangkala boleh dihasilkan dari bahan yang sama namun rupa bentuk fizikal, cara penghasilan & cara pengambilannya juga berbeza.

Definisi Maajun
Maajun ialah campuran herba, akar kayu yang di kisar halus dan digaul bersama dengan madu. Ada sesetengah maajun perlu di'masak' dengan di jemur dibawa...h pancaran hangat matahari selama beberapa hari.
Selepas itu campuran tadi akan di gentel-gentel mengikut saiz yang dikehendaki.
Ada 2 jenis maajun.
Maajun basah dan maajun kering. Maajun basah tidak akan dijemur sampai kering manakala maajun kering pula, selepas digentel akan dijemur sekali lagi sehingga kering. Jangka hayat maajun kering lebih lama berbanding maajun basah yang mudah dijangkiti kulapuk kalau tidak menjaganya dengan betul.

Definisi Jamu
Jamu ialah campuran herba, akar kayu yang dikisar halus dan digaulkan bersama. Berbeza dengan maajun, jamu tidak dicampur dengan madu.
Selepas dicampur semua jenis herba jamu siap sedia diguna.
Cara penggunaan jamu ialah, jamu perlu dibancuh dengan air dan diminum. Biasanya satu sudu jamu akan dibancuh bersama dengan air suam setengah cawan.


Walaupun rupa bentuk dan cara pengambilannya berbeza, maajun dan jamu tetap merupakan antara warisan perubatan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Walaupun dengan kehadiran pelbagai ubat dengan kandungan bahan kimia yang ada dipasaran, perubatan herba tetap masih menjadi pilihan ramai kerana keaslian bahan yang digunakannya iaitu dari herba alami semulajadi dari pelbagai jenis tumbuhan.

Pendaftaran PERCUMA malah modal agen/dealer juga diberi potongan RM20!

Alhamdulillah. Selain daripada promosi untuk pelanggan-pelanggan yang setia, HQ kali ini dengan berbesar hati memberikan offer TAK MASUK A...