August 22, 2014

Kenali Perancang Keluarga dan Kebaikannya

Sebenarnya, bukan pil pencegah hamil sahaja, terdapat pelbagai kaedah untuk menjarakkan anak. Bergantung kepada pilihan dan kesesuaian individu dalam menentukan kaedah yang dipilih; kita kena pilih yg TERBAIK & SELAMAT tanpa ada sebarang kesan sampingan (side effect). Pemahaman tentang konsep perancang keluarga dan tujuannya perlu difahami terlebih dahulu, bukan hanya ikut cakap orang sahaja.
Apa itu perancang keluarga?
Perancang keluarga adalah kaedah yang diamalkan isteri ataupun suami yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata atau, bagi mereka yang telah menimang cahaya mata tetapi ingin pula menjarakkan kelahiran anak. Ada pelbagai cara untuk merancang keluarga termasuk secara natural ataupun menggunakan kaedah perubatan moden.
Objektif atau tujuan perancang keluarga?
Objektif utama menggunakan kaedah merancang keluarga ialah untuk memastikan kesihatan ibu pulih dengan sepenuhnya sebelum kelahiran yang seterusnya.
Ia juga untuk memastikan anak baru lahir mendapat penjagaan dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.kaedah perancangan keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal.
Perlu diingat bahawa kaedah perancangan keluarga bukan bererti tidak mahu anak.Seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga adalah bersebab seperti menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat.Hukum Menjarakkan anak dalam islam?
Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.
Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.
Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus.
Siapa yang terlibat?
Tanggungjawab merancang keluarga adalah untuk menjamin keluarga bahagia dan ini terletak kepada suami dan isteri. Perkara ini harus dibincang bersama agar ia tidak mendatangkan masalah yang boleh menjejaskan perhubungan suami isteri.
Mereka yang baru berkahwin dan masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata bolehlah menggunakan kaedah merancang keluarga.
Individu yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak digalakkan mempunyai kelahiran yang banyak seperti darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang dan sebagainya perlu berjumpa doktor untuk berbincang mengenai kaedah perancang keluarga. Sebuah keluarga yang sihat memerlukan ibu bapa sihat.Seseorang wanita, tambahnya, boleh menggunakan kaedah merancang jika diperlukan seawal 18 tahun ke atas.Tempoh jarak kelahiran
Tempoh menjarakkan kelahiran bergantung kepada kemampuan dan keinginan pasangan yang terbabit. Seelok-eloknya tempoh yang baik menjarakkan kelahiran sekurang-kurangnya dua tahun bagi memberi peluang untuk ibu membina kesihatan seperti sedia kala, dan juga memberi masa penjagaan sempurna untuk anak yang baru lahir. Selain itu, ia memberi peluang menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan pertama dan seterusnya sehingga anak berusia dua tahun.
Dalam masa dua tahun pertama, perkembangan dari segi fizikal dan emosi seseorang anak itu amat penting. Menjarakkan kelahiran sekali gus memberi peluang kepada suami isteri menstabilkan hal-hal ekonomi rumah tangga. Dengan bertambahnya ahli keluarga akan bertambahlah perbelanjaan keluarga. Jadi secara tidak langsung keharmonian rumah tangga akan terjaga.
Kaedah-kaedah merancang keluarga
* Natural
Kaedah ini menggunakan cara mengelakkan waktu subur seseorang wanita itu. Kaedah bergantung kepada kitaran haid seseorang wanita. Mereka boleh menggunakan cara rhythm dan untuk mengelakkan waktu subur mereka boleh mengira dari waktu kitaran haid yang terpendek, tolak 20 hari dan hari terakhir waktu subur ialah kitaran haid yang terpanjang ditolak 11 hari.
Jadi mereka harus mengelakkan perhubungan kelamin pada lebih kurang hari kelapan hingga ke-24 jika kiraan haid mereka 28 ke 35 hari. Ia agak rumit untuk dikira dan boleh mendatangkan masalah bagi pasangan itu kerana waktu mereka tidak boleh bersama agak panjang.
Selain cara rhythm, mereka boleh mengesan waktu subur dengan perbezaan cecair yang keluar daripada faraj. Sewaktu subur, cecair yang keluar bertukar dari warna putih yang pekat kepada lendir yang jernih dan cair. Ini disebabkan peningkatan hormon estrogen dan pertukaran kepada lendir cair yang jernih, bertujuan merangsang kemasukan benih sperma. Waktu ini juga suhu badan wanita akan naik sebanyak 0.5o dan boleh dikesan menggunakan termometer ovulasi pada waktu bangun tidur.
* Pil perancang keluarga
Ia mengandungi estrogen dan progestogen. Cara utama menghalang kehamilan ialah dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari seseorang wanita. Di samping itu, ia juga menyebabkan lendir dari pintu rahim menjadi lebih pekat dan ini juga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.
Pil perancang keluarga dimakan pada setiap hari bermula dari hari pertama kitaran haid sehingga hari ke-21. Ini diikuti dengan tujuh hari rehat. Pada waktu ini perdarahan akan berlaku dan pil dari paket baru perlu dimulakan selepas tujuh hari walaupun perdarahan mungkin belum habis.
Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu 99.9 peratus. Ada pil yang mengandungi progestogen sahaja. Pil jenis ini mengelakkan kandungan dengan menyebabkan dinding rahim nipis dan lendir yang pekat. Ia boleh juga mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari tetapi ia tidak konsisten dan memerlukan dos yang tinggi. Hampir 50 peratus wanita menggunakan kaedah ini boleh mengeluarkan telur dari kilang ovari. Ini kerana ia perlu dimakan dengan betul dan mengikut masa yang ditetapkan. Jika masa makan berubah-ubah melebihi tiga jam, ia boleh menyebabkan wanita itu hamil.
Pil perancang adalah salah satu kaedah yang amat popular di kalangan wanita dunia dan juga di Malaysia. Selain mengelakkan kandungan, pil perancang keluarga mempunyai kesan sampingan yang positif seperti mengurangkan kadar perdarahan haid serta mengurangkan penyakit anemia atau kurang darah dan mengurangkan kesakitan sewaktu haid. Ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kilang ovari dan endometrium melebihi 50 peratus apabila digunakan melebihi satu tahun.
Pil perancang keluarga yang baru mengandungi progestogen yang baru seperti drospirenone yang mengurangkan risiko kenaikan berat badan disebabkan penyimpanan air yang berlebihan. Ia juga membuat kulit menjadi lebih cantik dan mengurangkan perasaan tidak menentu akibat sindrom prahaid. Jika menggunakan pil perancang, mereka akan mengeluarkan telur sebaik berhenti pil dalam masa satu hingga dua bulan.
Nota: harus diingatkan; kadang-kadang 'kita mungkin tak serasi' dengan jenis-jenis pil ini di pasaran. Memang tak ada side effect yg teruk; namun kadang-kadang cuba kita tengok, ada kala tu wanita akan jadi GEMUK tak menentu ataupun jadi KURUS secara tiba-tiba, bergantung dengan penerimaan tubuh badan individu itu sendiri. Mungkin "side effect" tu tak jadi sekaligus. Mungkin nanti lama-kelamaan suami tidak mendapat "nikmat" seperti sebelum kita gunakan pil ini. So, BEWARE! Jangan sampai suami rasa tak seronok lagi bila bersenggama dengan kita.
tidak di nafikan bahawa memang ada pil cegah hamil yg betul-betul bagus; suami masih rasa "nikmat". Tapi... itu mungkin hanya setahun, dua tahun atau tiga tahun... lama-kelamaan, pasti ada side effect; tak itu, ini, tak ini, itu! Jadi, fikirkanlah nak guna ke tak nak guna.
* Suntikan
Suntikan menggunakan hormon progestogen, disuntik setiap dua bulan bergantung kepada hormon yang digunakan. Disebabkan dosnya yang tinggi, ia mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari di samping mengakibatkan lendir yang pekat. Wanita yang menggunakan kaedah ini boleh mengalami perdarahan yang tidak menentu.
* Alat dalam rahim
Salah satu kaedah yang popular dan telah digunakan semenjak tahun 60-an lagi. Ia perlu dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih dan tidak mendatangkan banyak masalah kepada pengguna.
Setelah dimasukkan, alat ini boleh disimpan selama tiga hingga lima tahun bergantung kepada jenis yang digunakan. Efikasinya untuk mengelakkan kandungan adalah lebih kurang 98 peratus. Ada alat dalam rahim yang telah diserapkan dengan hormon progestogen. Ini meninggikan efikasinya kepada lebih 99.9 peratus untuk mengelakkan kandungan. Di samping itu, ia boleh mengurangkan perdarahan haid dan hampir zero peratus wanita tidak mengalami perdarahan selepas tiga bulan penggunaannya.
Walau bagaimanapun, wanita tidak harus bimbang kerana walaupun tidak datang haid, telur masih dikeluarkan dari kilang ovari seperti biasa. Ini juga boleh mengurangkan masalah anemia dari perdarahan haid yang berlebihan.
Nota : orang kata kesannya boleh menyebabkan pendarahan (bila dah lama pakai la kot) sebabnya orang perempuan nie slalu buat kerja umah, angkat anak la, susun perabut la, pendek kata ade masa buat keje yang berat2 tu mungkin lama bleh terkesan kat tempat alat tu disimpan.. tah la
* Kaedah barrier
Kaedah barrier yang paling popular adalah kondom lelaki. Ada kondom yang diserapkan dengan ubat antisperma. Kaedah ini tidak begitu baik kerana efikasinya cuma lebih kurang 60 hingga 0 peratus jika digunakan dengan betul. Tetapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengelakkan penyakit kelamin dan HIV.
Kondom untuk kaum wanita juga ada tetapi tidak begitu popular. Kaedah barrier yang lain termasuk penggunaan diafram, alat penutup pintu rahim dan span. Kaedah-kaedah ini juga tidak popular.
Nota : orang kata kurang berkesan kalau guna kaedah nie, ya la takut time 'bersama' tu lasak sangat sampai terkoyak kondom tu, bleh termengandung gak la kan... so.. hati2!!!!
* Implan
Implan adalah alat perancang yang mengandungi hormon progestogen yang dimasukkan ke bawah kulit di bahagian dalam lengan. Ia mengelakkan kandungan dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari, boleh dipakai selama tiga hingga lima tahun. Keberkesanannya mencecah 99 peratus.
* Sterilisasi
Sterilisasi boleh dilakukan kepada wanita dan juga kaum lelaki. Kaedah ini adalah kekal. Saluran fallopio wanita diikat atau dipotong bagi mengelakkan perjalanan telur ataupun sperma dan seterusnya menghindarkan persenyawaan. Vasektomi adalah kaedah sterilisasi kekal untuk lelaki. Ia memerlukan pembedahan kecil di mana saluran vas deferens dipotong sedikit dan diikat.
Nota : cara nie kena bedah (agaknya la..) kalau nak ikat. kena bedah untuk ikat saluran fallopio tu satu hal, memang la takkan mengandung tapi bila nak anak semula dah kena bedah plak nak tanggalkan. rasanya cara nie sesuai untuk orang yang dah tak nak anak je kot!!!
* TradisionalPenggunaan jamu, herba dan ubatan tradisional masyarakat lama seperti memakan air rebusan akar kayu untuk mengelak hamil.
* Pemandulan
Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).
Nota: Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.
Kesan sampingan dan risiko bagi wanita yang bermasalah atau berpenyakit kronik
Kesan sampingan bergantung kepada kaedah dan hormon yang digunakan. Estrogen boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan menaikkan tekanan darah. Jadi mereka yang mempunyai risiko seperti darah tinggi, penyakit hati, jaundis, sejarah penyakit di mana saluran darah tersumbat, penyakit jantung, kadar kolesterol yang tinggi, sejarah kanser payu dara, terlalu gemuk atau merokok melebihi 40 batang sehari tidak boleh mengambil perancang keluarga yang mengandungi hormon lebih-lebih lagi estrogen.
Kebaikan merancang keluarga
Kebaikan merancang keluarga bukan saja untuk menjaga kesihatan ibu tetapi bagi memastikan pembesaran anak sempurna dari segi fizikal dan emosi. Ia juga memberi peluang untuk suami memastikan kewangan keluarga terjamin bagi menampung kehadiran ahli baru.
Umur yang terbaik untuk melahirkan anak adalah pada usia 25 hingga 35 tahun kerana pada umur ini risiko pada ibu adalah minimum. Pada asasnya seorang wanita boleh melahirkan bayi walaupun pada umur yang hampir menopaus tetapi risiko pada ibu akan berlipat ganda. Pada zaman ini, di mana kaum wanita berkahwin lewat ataupun memilih menjayakan karier terlebih dahulu, lebih ramai yang melahirkan anak pada usia melewati 35 tahun.
Bincang bersama
Isu merancang keluarga harus dibincang bersama walaupun kaedah yang diamalkan memihak lebih kepada kaum perempuan. Kaum wanita perlu kerjasama dan restu suami untuk merancang keluarga. Objektif mereka adalah melakukan yang terbaik untuk keluarga. Jika mereka di dalam keadaan sihat tubuh badan dan rohani, wanita boleh menjaga suami dan keluarga dengan lebih baik lagi.
Menjawab pertanyaan, Dr. Jamiyah memberitahu, tempoh berhenti mengambil perancang keluarga untuk hamil semula bergantung kepada kaedah yang digunakan.
Nasihat pakar
Soal bila pasangan yang baru berkahwin ingin menimang cahaya mata, bergantung kepada banyak faktor. Mereka boleh memulakan bila-bila masa selepas berkahwin. Walau bagaimanapun, mereka perlu tahu cara-cara merancang keluarga kerana biarlah setiap kandungan itu anak yang diingini dan bukan kerana tersalah kira! Keluarga yang sihat dan bahagia perlu kerjasama semua.
Harap bermanfaat buat semua...
♡♡♡
Maria Ismail
Sms@whatsapp 019-9593058
Fanpage : Maajun Anggun Bistari D'Rias

August 19, 2014

Kenapa Perlu Merancang Keluarga?

Haii...Hari ini Maria hanya nak share info berkaitan kebaikan merancang keluarga.
Jom kita tengok....

1. Pasangan yang telah berkahwin dapat menentukan bilangan anak yang dikehendaki.

2. Boleh menentukan masa yang sesuai untuk menambah anak.

3. Boleh merancang mengikut pendapatan supaya keperluan anak-anak mencukupi. Anak-anak mendapat makanan berkhasiat, tempat tinggal yang selesa, pendidikan dan lain-lain keperluan serta jaminan masa depan.

4. Kelahiran boleh dihadkan apabila kesihatan ibu terganggu.

5. Perkahwinan lebih bahagia kerana kebimbangan dapat dielakkan pada kehamilan yang belum dikehendaki.

6. Boleh menyimpan kewangan yang cukup untuk masa depan atau kecemasan.

7. Ibu mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan rumah tangga dan memberi perhatian kepada anak dan suami.

8. Menjarakkan kelahiran supaya kesihatan ibu pulih sepenuhnya dan dapat memberi penjagaan yang sempurna pada anak-anaknya.

Master Dealer a.k.a Stokis Maajun Anggun Bistari Kelantan
sms/whatsapp 019-0593058 
FB Fanpage : https://www.facebook.com/MABdeRias

August 10, 2014

Promosi Agen Maajun Anggun Bistari

PROMOSI PAKEJ AGEN
 

20 BOTOL MAAJUN ANGGUN BISTARI
HARGA RM320
+ FREE TOILETRIES BAG (Limited Edition)
+ FREE FLYERS
+ FREE POSTAGE

*PROMOSI HANYA UNTUK 3 AGEN YANG PERTAMA SAHAJA!!!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT :)






JIKA BERMINAT NAK ORDER,SILA
SMS/WHATSAPP 019-9593058
 Maria Ismail
COD area Kota Bharu & Pasir Mas (Minima Order 10 botol ke atas SAHAJA!)
Self Pick Up area Binjai/Wakaf Stan.

Cara kiraan waktu subur

Hiii...assalamualaikum frens.
Lamanya tak update blog ni...
Hari ini Maria nak share cara-cara mengira waktu subur...
Mesti ada lagi diantara kalangan kita yang belum faham bagaimana cara nak mengira kaannn?
 
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Fasa 1 : Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Fasa 2 : Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Fasa 3 : Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Fasa 4 : Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. 
 
Rujukan dari blog Dr. Azwan

Pendaftaran PERCUMA malah modal agen/dealer juga diberi potongan RM20!

Alhamdulillah. Selain daripada promosi untuk pelanggan-pelanggan yang setia, HQ kali ini dengan berbesar hati memberikan offer TAK MASUK A...